TikToker Ditemui Mati Terjatuh Dari Tingkat Lima Apartmen – ‘Itu Adalah Kehendak Saya’

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial, Kubra Aykut dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri mewah di Istanbul, Turkiye.

‘Ini adalah kehendak saya sendiri’

Memetik laporan Malay Mail, mangsa yang berusia 26 tahun itu ditemui meninggal dunia pada 23 September lalu di kawasan kediamannya. Pihak polis turut menumui satu nota yang dipercayai ditulis sendiri oleh pempengaruh itu.

Menerusi nota terakhir tersebut, mangsa mengaku nekad mengakhiri hidupnya atas kehendaknya sendiri meskipun tahu tindakan itu adalah satu perbuatan yang salah.

Saya terjun atas kehendak sendiri. Saya tidak mahu hidup lagi. Jaga Fistik dengan baik (haiwan peliharaan). Saya baik kepada semua orang dalam hidup saya, tetapi saya tidak boleh berbuat baik kepada diri saya sendiri.

Beberapa hari sebelum kematiannya, Aykut sempat memuat naik satu hantaran di TikTok mengenai keadaan kesihatannya yang semakin merosot termasuk penurunan berat badan yang mendadak.

Saya cuba untuk mengumpulkan tenaga, tetapi masih tidak dapat menambah berat badan. Saya kehilangan satu kilogram setiap hari. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya sangat perlu menambah berat badan.

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes kematian Aykut masih dijalankan oleh pihak polis.

MENARIK:  Mierul Aiman Teringin Nak Berlakon Dengan Que Haidar & Wan Maimunah

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular