[TONTONAN] Fasha Sandha Bawa Pembantu Rumah Pulang Ke Indonesia Selepas 7 Tahun Tidak Berjumpa Anak

Shopee Sale


Di Instagram, pelakon Fasha Sandha berkongsi sebuah video sedih memaparkan momen pembantu rumahnya pulang ke Indonesia untuk berjumpa anak dan keluarga.

Pencapaian terbaik tahun ini

Menerusi video yang dikongsikan, Fasha dan keluarganya turut hadir bersama bagi melihat momen yang sangat bermakna itu.

Menurut Fasha, pertemuan anak beranak itu merupakan pencapaian terbaik buat dirinya pada tahun ini. Ujar Fasha lagi, dia berjaya menyatukan semula ibu dan anak yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.

Terima kasih di atas segala kebaikan dan sayang anak-anak. Pembantu adalah keluarga dan saudara, yang membantu untuk permudahkan urusan kita. Love all. Simpan sini buat kenangan.

Pembantu rumah Fasha kelihatan sebak sebaik sahaja melihat anaknya berada di lapangan terbang. Lebih menyentuh perasaan, Fasha turut mengalirkan air mata sewaktu melihat momen mesra anak beranak itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih sebaik sahaja menonton video yang dimuat naik oleh Fasha itu. Netizen turut berharap majikan di luar sana dapat mencontohi sikap Fasha Sandha tatkala memberi layanan yang baik buat pembantu rumah.

MENARIK:  Noorkhiriah Puji Lakonan Syafie Naswip, Seronok Dapat Bergandingan Bersama – ‘Penantian 19 Tahun Tidak Sia-Sia’

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular