Tragedi: Budak 8 Tahun Ditemui Mati Lemas dalam Kolam Renang Selepas Ditinggalkan oleh Pengasuh

Shopee Sale


Foto: Detik News

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang selepas ditinggalkan sebentar oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Cilegon, Indonesia.

Maut dalam kolam renang

Foto: Detik News

Memetik laporan News Detik, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja selepas pengasuh yang dikenali sebagai Daisa meninggalkan anak asuhannya, Sheza sebentar untuk pergi mandi. Namun siapa sangka, tiada lama kemudian dia melihat kanak-kanak itu sudah tiada di dalam kawasan rumah.

Meskipun sudah mencari di merata-rata tempat, namun dia tidak menemui kelibat anak asuhannya sehinggalah dia mendapat berita daripada penduduk setempat tentang penemuan seorang kanak-kanak lemas di dalam kolam renang. Setibanya di lokasi kejadian, dia melihat Sheza sudah terbaring tidak bernyawa.

Difahamkan, Daisa mendakwa sebelum itu dia telah memeriksa kolam renang tersebut namun tiada melihat kelibat sesiapa berenang di situ. Tambahan pula, pintu pagar kolam renang berkenaan juga berada dalam keadaan tertutup.

MENARIK:  Cover Lagu 'Aku Dan Dirimu' Bersama, Netizen Syak Daiyan Trisha & Hun Haqeem Berkawan Rapat? – 'Beruntunglah Menjadi Kawan Dekat Dengan Crush'

Susulan daripada apa yang berlaku, kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular