Tragedi Maut: Din Katak Meninggal Akibat Kemalangan, Dikenali Kerana Hiasan Jalur Gemilang

Shopee Sale


Sangat dikenali ramai kerana memakai baju Jalur Gemilang, lelaki yang dipanggil sebagai Jamaluddin Malek, dilaporkan maut dalam kemalangan, semalam.

Cedera parah di kepala

Menerusi laporan Berita Harian, Jamaluddin terlibat dalam kemalangan berhampiran Balai Polis Paroi, Jalan Seremban-Kuala Pilah. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu membabitkan Jamaluddin yang menunggang motosikal serta dua kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Hatta Che Din berkata, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Preve yang dipandu seorang lelaki berumur 32 tahun dari arah Seremban menuju ke Kuala Pilah yang berada di lorong kanan tiba-tiba menghimpit ke kiri.

Kemudian Proton Preve itu melanggar bahagian pintu pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun di lorong tengah.

Berikutan daripada itu, Perodua Myvi tersebut dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kiri sebelum melanggar motosikal Modenas Kriss yang ditunggang mangsa di lorong kiri.

Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan maut di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, Jamaluddin atau mesra disapa sebagai Din Katak mengekspresikan semangat patriotisme terhadap negara setiap kali menjelang bulan kemerdekaan. Din akan menghias motosikalnya dengan Jalur Gemilang dan menempah baju Melayu khas berkonsepkan bendera Malaysia.

MENARIK:  ‘Suami Pun Tak Tahu Sakit Apa?’ – Lana Nodin Meraung Kesakitan, Kena Masuk Hospital

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular