Tragis: Suami Isteri Mati Dalam Kebun Kelapa Sawit Selepas Berebut Harta

Shopee Sale


Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di kawasan kebuh sawit di Pantai Remis, Perak pada Selasa.

Mayat dalam kebun kelapa sawit

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah, sebelum kejadian dipercayai berlakunya pertengkaran membabitkan perebutan harta tanah kebun antara kedua-dua mangsa dengan seorang lelaki (adik kepada suami).

Mayat suami isteri itu dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka kesan dilibas dengan sabit sawit. Suspek kes itu berusia 61 tahun telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 74 tahun itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5087026.

MENARIK:  Dahlia Rizal Kongsi Momen Dilamar Imran Aqil Di Bukit Tunku, Pernah Berniat Tak Nak Kahwin – ‘Terima Kasih Pilih Saya!’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular