Tuan Badan Respons Peminat Mahu Zaki Yamani Ganti Jamal Abdillah dalam #AJL38 – ‘Saya Okay Je’

Shopee Sale


Zaki Yamani

Keputusan penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang menarik diri daripada bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) menerusi lagu Kucuma duet bersama, Wany Hasrita telah mengejutkan ramai pihak.

‘Saya okay je’

Zaki Yamani

Susulan itu, syarikat rakaman lagu tersebut iaitu FMC Music memaklumkan penyanyi berusia 65 tahun itu bakal digantikan dengan penyanyi muda iaitu Afieq Shazwan setelah mendapat persetujuan dengan pencipta lagu, Ezra Kong.

Keputusan tersebut menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang mana terdapat segelintir menyokong dan juga sebaliknya.

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang mahukan anak kepada Jamal iaitu Zaki Yamani untuk menggantikan tempat bapanya.

Sedar mengenai usikan tersebut, Zaki yang juga juara program Famili Duo musim kedua secara berseloroh menjawab ‘saya okay je’.

Zaki berkongsi mengenai perkara itu selepas dia mengulang siar atau ‘repost’ satu hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali mengumumkan penarikan dirinya daripada bertandingan di pentas akhir AJL 38.

MENARIK:  Caprice mengubah nama dari 'Mawla Amin' dalam pasporn Perancis sebelum berpindah ke Morocco?

Menurut pelantun lagu ‘Penghujung Rindu’ itu, dia terpaksa menarik diri kerana sudah terikat dengan komitmen kerja lain yang sudah dipersetujui terlebih awal.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular