Tular Foto Perkahwinan, Ben Ladin Selamat Bergelar Suami Kepada Shida

Shopee Sale


Penyanyi Ben Ladin dimaklumkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.

Artikel berkaitan: Tak Tahu Rukun Negara, Nama Bendera Malaysia, Benladin ‘Diserang’ Di IG

Artikel berkaitan: ‘Tak Nak Dilabelkan Sombong, Ben Ikutkan Juga’

Alhamdulillah!

Berita tersebut disahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Menurut Hamidah, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben atau nama sebenar Muhammad Benladin Munshi Shaihan namun, 23, namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.

Sementara itu, tular sebuah video di TikTok memperlihatkan Ben mengenakan pakaian sut berona biru manakala pengantin perempuan memakai gaun serba putih.

Di dalam video tersebut, kelihatan tiga jari penyanyi lagu Hikayat Benladin ini memakai inai merah dan memeluk wanita itu pada penghujung video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita itu dan mendoakan rumah tangga mereka.

Lah dah kahwin? Ingat lagi dulu layan dia dekat Idola Kecil TV9.

Pergh childhood crush dari Idola Kecil pun dah kahwin.

Ya Allah tua dah aku eh, aku masih layan lagu dia yang rap tu.

Berdasarkan pemerhatian, Ben belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut dan memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

MENARIK:  Naim Daniel ‘Sekolahkan’ Lelaki Ugut Bunuh Ibu Bapa Selama Tiga Jam – ‘Dia Buat Sebab Terikut Dengan Orang Lain’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular