Tular Foto Perkahwinan Suami, Ini Respon Irma Hasmie – ‘Doakan Moga Allah Beri Ketenangan’

Shopee Sale


irma

Tular sejak semalam, foto perkahwinan suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer yang didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.

Doa Irma

irma

Memetik laporan Berita Harian, Irma atau nama lengkapnya Irma Hasmie Ibrahim enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Bagaimanapun, Irma memberitahu bahawa dia kini dalam keadaan yang baik selain memohon doa untuk kesejahteraan dia dan anak-anak.

Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan rahmatNya.

Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak).

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun tersebut juga mengambil langkah untuk mengunci mulut ketika disoal tentang status perkahwinannya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu didakwa goyah berikutan mereka jarang dilihat bersama di sosial media.

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak.

MENARIK:  [VIDEO] Ucapan Hari Jadi Adira Suhaimi Buat Bella Astillah Bikin Netizen Sebak – ‘Sakit Sangat Dapat Hadiah Macam Ni’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular