Seorang peniaga kosmetik dalam talian mendakwa telah diceraikan oleh suaminya ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok.
Dicerai ketika live TikTok
Memetik laporan Harian Metro, wanita terbabit yang dikenali sebagai Nur Hazwani Mustapha, 37, berkata, telah berlakunya pergaduhan antara dirinya dan suami sehingga lelaki itu nekad melafazkan talak ketika sedang bersiaran langsung.
Ketika itu kami bergaduh dan berlaku provokasi antara kami sebelum suami melafazkan cerai kepada saya.
Suami kahwin dengan wanita (lain) itu lebih tiga bulan lalu atau April lalu disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya. Pada mulanya, saya mahu menerima ‘madu’, namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.
Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar.
Bercerita dengan lebih lanjut, ibu kepada empat anak itu akui sebelum ini dia sanggup berhenti kerja sebagai anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mahu menjadi suri rumah sepenuh masa.
Demi suami, saya sanggup berhenti kerja kerana mahu berada di sisi suami, namun selepas 10 tahun ini yang saya dapat. Ketika awal perkahwinan, saya sanggup hidup susah bersamanya sehingga kehidupan kami berubah ke arah yang lebih baik, tetapi ini balasan saya dapat
Walaupun diceraikan ketika sedang bersiaran langsung dengan 3,000 orang yang sedang melihatnya, namun saya reda dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Reda dengan takdir Allah SWT, Hazwani mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.