Tunjuk Kemaluan Masa Video Call & Sembang Lucah, Pencipta Kandungan Ditahan Polis

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Seorang pencipta kandungan ditahan selepas didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya pada seorang wanita melalui panggilan video.

Pencipta kandungan ditahan polis

Menerusi kenyataan media rasmi, Ketua Polis Daera Wangsa Maju iaitu ACP Mohammad Azin Bin Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita berusia dalam lingkungan 24 tahun.

Difahamkan, suspek dan pengadu telah berkenalan sejak awal Mei lalu melalui Instagram.

Ketika pengadu berada di rumahnya di Taman Melawar, Kuala Lumpur telah menerima panggilan video tersebut daripada suspek yang dikenalinya.

Suspek telah membuat panggilan video jepada pengadu dan telah menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah dengan pengadu.

Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis berjaya menahan suspek, 27, pada 29 Mei (Rabu) untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali.

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Fasha Sandha Selamba Gayakan Baju Berharga RM19 – ‘Bila Dia Pakai Nampak Mahal’

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat orang ramai boleh menyalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 dan Hotline Polis Wangsa Maju 03-92899222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular