Tyzo Berkongsi Pengalaman Merasakan Pemerkosaan untuk Memperjuangkan Suara Mangsa – ‘Kita Semua Perlu Bertindak Apabila Berlaku Keganasan’

Shopee Sale


Penyampai radio, Tyzo Xander menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mahu mencari publisiti murahan selepas membuat pendedahan pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang individu beberapa tahun dahulu.

Mahu beri kesedaran

Ketika ditemui , Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris berkata, perkongsiannya itu hanyalah untuk memberikan kesedaran buat orang ramai khusus kepada mereka yang pernah dianiaya sepertinya.

Untuk mengatakan saya cuba mengambil kesempatan dengan mencari publisiti sewaktu isu penamatan kontrak saya beberapa bulan yang lalu itu tidak sama sekali.

Saya bukan mencari publisiti cuma, saya nak umum mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan serta kerjaya saya.

Apa yang berlaku pada saya itu mungkin berlaku pada ramai orang di luar sana.

Mungkin sebab saya seorang selebriti jadi sedikit sebanyak perjalanan hidup yang berlaku pada saya akan diketahui orang ramai.

Tyzo berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo terbaharu IKIMfm yang diadakan di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) berpesan kepada orang di luar sana untuk berani menyuarakan kebenaran sekiranya berdepan dengan situasi yang tidak sepatutnya.

Apa yang terjadi pada saya itu juga mungkin berlaku kepada ramai orang di luar sana.

Jadi, inilah masanya untuk semua pihak bersuara lebih-lebih lagi kepada mereka yang rasa diri mereka teraniaya, tersakiti bahkan diraba di tempat kerja sekalipun, mereka perlu beritahu orang yang sepatutnya.

Jangan diamkan diri sebab perkara seperti itu akan membuatkan mereka di luar sana menjadi murung dan berdepan dengan masalah seperti ‘anxiety’.

Terdahulu, Tyzo mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa raba oleh seorang individu menerusi podcast @OkLetsGo.

MENARIK:  Jungkook BTS Jadi Tukang Masak Di Kem Tentera

Menurut Tyzo, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta beberapa tahun dahulu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular