Tyzo Xander, Penyampai Baru IKIMfm, Akan Membawa Suasana Segar

Shopee Sale


Tyzo Xander

Teka-teki mengenai destinasi baharu bagi penyampai radio, Tyzo Xander terjawab apabila bakal meneruskan karier dalam bidang penyiaran radio bersama Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm).

Penyampai IKIM FM

Tyzo Xander

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zulqarnain Iskandar diumumkan sebagai salah seorang penyampai yang bakal mengendalikan segmen ‘Inspirasi Pagi’ bermula 11 Mac ini bersama siapa Suffian Amrin dan Luqman Hakim bagi stesen radio berkenaan.

Ketika ditemui , Tyzo berkata dia sudah cukup bersedia untuk tampil sebagai penyampai baharu IKIMfm.

Menurut Tyzo, dia bakal membawakan sisi yang berbeza dan tidak pernah ditonjolkan lagi sebelum ini bagi mengendalikan segmen tersebut.

Walaupun IKIMfm mengetengahkan genre sedikit berbeza daripada stesen-stesen radio yang pernah saya bertugas sebelum ini, namun pengalaman 21 tahun di dalam dunia penyiaran radio memberi keyakinan kepada saya untuk berikan yang terbaik kepada pendengar.

Sementara itu, Pengarah Pusat Media IKIM, Ahmad Fuad bin Mat Ali berkata, beberapa siri perbincangan dengan pihak Tyzo telah dibuat sebelum ini untuk mencari titik persefahaman dan kerjasama jangka panjang melibatkan IKIMfm dan tvIKIM bagi merancakkan lagi dunia dakwah dan hiburan Islam.

Menurut Ahmad Fuad, dunia dakwah pada hari ini memerlukan sentuhan dan pendekatan yang lebih kontemporari dan inklusif bagi menyampaikan kefahaman Islam yang sebenar kepada pelbagai golongan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Terdahulu, isu penamatan kontrak Tyzo bersama sebuah stesen radio swasta menjadi bualan hantar selepas tularnya satu rakaman video yang tular di TikTok.

MENARIK:  Isteri Daler Yusuf Dimasukkan Ke Wad Selepas Alami Pendarahan – ‘Bayi Baru 36 Minggu, Minta Doakan’

Merusi video tersebut, Tyzo mendakwa dirinya telah dianiaya selepas kontraknya telah ditamatkan lebih awal.

Selepas penularan video tersebut, beberapa stesen radio ternama dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) itu.

Kini, Tyzo sah menjadi penyampai radio bagi IKIMfm dan bakal mengendalikan segmen ‘Inspirasi Pagi’ pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 pagi hingga 10 pagi bermula 11 Mac ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular