Ubai Berdebar Nak Bergelar Bapa, Sempat Bermonolog Di Pusara Arwah Ibu – ‘Saya Cakap Ini Cucu Pertama Mak’

Shopee Sale


Ubai MZ

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ akui berdebar untuk bergelar bapa tidak lama lagi.

Nervous jadi bapa

Ubai MZ

Menurut Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, dia sudah melakukan beberapa persediaan menantikan kelahiran cahaya mata seperti belajar untuk menguruskan bayi melalui internet.

Selain itu, dia berkata ada meminta nasihat dan pandangan daripada orang sekeliling.

Sudah tentu saya rasa berdebar untuk bergelar seorang bapa. Sebab ini pertama kali, sebelum ini jadi bapa anak dah besar. Banyak yang saya belajar dari internet dan isteri saya sendiri.

Saya sudah bersedia, sebab ada kawan-kawan yang dah jadi bapa mereka kata pasti tidak boleh tidur malam nanti. Tapi kerisauan lebih kepada isteri saya, sebab dia yang akan melahirkan anak.

Dalam pada itu, Ubai turut berkongsi momen dia menziarahi pusara Allahyarham ibunya, Rohani Jamal yang meninggal dunia pada 30 Julai lalu.

Perasaan bila dah tak ada ibu ini memang lain, lepas itu saya dah bergelar bapa. Sehari sebelum Ramadan, saya ada pergi ziarah kubur arwah ibu. Saya ada monolog depan kubur.

Saya cakap dekat mak, ‘mak ini cucu mak, cucu pertama’. Rasa sebak sikit sebab ini cucu pertama arwah kan. Paling saya rindu, nak tolong masak buka puasa.

Imbas kembali, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

MENARIK:  Dahlia Rizal Dedah Pernah Bangga Dengan Pujian, Teruk Dikecam Selepas Satu Kesilapan – ‘Saya Ingat Orang Sukakan Saya’

Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular