Umie Aida Terharu Nora Danish Sertai Festival Agama Pada Oktober – ‘Bertahun Ku Menanti Kehadiranmu’

Shopee Sale


Pelakon hebat, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa bersyukur dan terharunya apabila pelakon jelita, Nora Danish bakal menyertai satu program agama yang diberi nama Festival Sunnah.

Bertahun-tahun tunggu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Umi Khalsum Rahmad Ali ini memaklumkan bahawa dia sangat teruja kerana Nora akhirnya bersetuju untuk menyertai program tersebut selepas bertahun-tahun menunggu.

Alhamdulilah bertahun-tahun ku menanti kehadiranmu untuk program Festival Sunnah.

Yay, akhirnya Nora Danish sudah ‘lock date’ 5 Oktober nanti untuk hadir ke Festival Sunnah di Kedah, Insya-Allah.

Difahamkan, majlis ilmu tersebut bakal berlangsung di Kedah pada Oktober nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan keterujaan mereka melihat perubahan yang sedang dilakukan Nora dan mendoakan agar pelakon filem ‘Polis Evo 3’ itu terus beristiqamah.

Sekadar info, program agama yang sudah dianjurkan sejak beberapa tahun lalu itu sering dihadiri barisan selebriti terkenal seperti Umie Aida, Neelofa, Heliza Helmi, Azza Elite dan ramai lagi.

MENARIK:  [VIDEO] Karaoke Lagu ‘Made For Me’, Netizen Puji Suara Hannah Delisha – ‘Sama Macam Penyanyi Original’

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular