Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz – ‘Saya Tak Mahu Guriskan Hati Sesiapa’

Shopee Sale


Pelakon hebat, Ummi Nazeera memilih untuk tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz meskipun mereka pernah bergandingan menerusi sebuah drama sebelum ini.

Nak jaga hati orang sekeliling

Ketika ditemui , Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkata, tindakannya itu bukanlah kerana Aliff mempunyai kesalahan dengannya namun sekadar mahu menjaga hati orang sekeliling.

Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya.

Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama tersebut.

Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia.

Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa.

Ummi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Majlis Rumah Terbuka FiziWoo yang diadakan di Maison FiziWoo yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun menekankan dia tidak pernah menghubungi Aliff selain daripada sewaktu sesi penggambaran sahaja.

Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had.

Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu.

Sementara itu, Ummi mendoakan yang terbaik buat Aliff susulan kontroversi hangat yang melanda penyanyi tersebut ketika ini.

Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya.

Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib.

Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang.

MENARIK:  [VIDEO] Leona Akui Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu, Upah Jurulatih Peribadi Untuk Tampil Langsing – ‘Saya Juga Jaga Pemakanan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular