Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘Gaduh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’

Shopee Sale


Yaana Lee

Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee mendakwa suaminya iaitu Muhammad Hafiz menggunakan platform Instagram (IG) untuk mengikuti akaun dan melihat foto serta video wanita seksi.

Suka tengok perempuan seksi?

Yaana Lee

Menerusi hantaran di IG Story, Yaana Lee atau nama sebenarnya Nur Liyana berkata dia sudah menyedari mengenai perbuatan suaminya itu sejak beberapa tahun lalu. Namun menahan diri untuk bersabar.

Malah, disebabkan perkara itu juga, dia tidak mengikuti akaun IG suaminya sejak empat tahun lalu.

Benda ini dah lama. Sebab itu dah empat tahun aku tak follow IG suami aku sendiri. Sebab nak jaga hati. Tapi itu lah kadang-kadang tertengok juga walau tak follow.

Lama sangat dah benda ini berlaku, memang boleh perasan pun dia main IG untuk apa. Kalau dah following macam itu (wanita seksi), skroll pun memang keluar benda-benda itu je lah.

Perempuan ini selagi kuat dia boleh sabar. Jangan sampai aku jadi macam Ria Ricis, tiada beza pun akau dengan dia. Bezanya dia tak mengandung, tapi aku termengandung.

Dalam hantaran sama, pemilik jenama fesyen Leeyanarahman itu berkata dia dan suami pernah bergaduh disebabkan hal tersebut.

Dakwanya, suaminya tidak pernah menunjukkan sebarang usaha untuk berubah.

Last gaduh fasal benda ini masa waktu pergi Umrah hari itu. Tapi tiada effort nak berubah, tiada tindakan. Sama je sampai sekarang.

Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain yang seksi-seksi? Untuk apa sebenarnya? Lepas itu bini kau simpan dekat rumah buat apa? Maaf sekarang tengah mengandung jadi aku memang psiko.

MENARIK:  Mila Jirin Belajar 3 Perkara Isu Skandal Berpenjuru Selebriti Terkenal – ‘Dengan Izin Allah Semua Orang Tahu’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular