Uyaina Arshad Terkesan Dengan Kematian Bayi Empat Bulan, Nasihat Ibu Bapa Cari Taska Berdaftar

Shopee Sale


Uyaina Arshad

Susulan terdapat kes kematian di pusat asuhan kanak-kanak, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa risau untuk menghantar anak ke taska.

Takut hantar taska

Uyaina Arshad

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata, insiden sedemikian membuatnya berasa bimbang dan takut.

Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak. Nak cari taska dan tadika buat saya jadi takut.

Uyaina berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya selepas memuat naik berita mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia empat bulan didakwa berpunca daripada kecuaian pihak taska.

Pun begitu, Uyaina berkata, tidak salah ibu bapa di luar sana mahu menghantar anak ke taska, namun perlu mempunyai inisiatif sendiri membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menempatkan anak mereka.

Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa adalah periksa dahulu sama ada taska itu berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku boleh ambil tindakan dan taska itu boleh disiasat serta ditutup.

MENARIK:  Kehadiran Individu Bertoksik Hampir Ganggu Majlis Akad Nikah Zahirah & Aiman, Zainol Macwilson hampir Mencemarkan Suasana!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular