Vanessa Terpaksa Beradaptasi & Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Nyanyian Yang Berbeza Demi ‘Erti Rindu’

Shopee Sale


Sejak mula menjadi artis rakaman beberapa tahun lalu, dirinya semakin hari semakin dikenali ramai. Apatah lagi, pemilik nama Vanessa Reynauld merupakan seorang wanita yang mempunyai banyak pengikut di media sosial.

Ini semua berkat bakatnya yang luar biasa dan kehebatan vokalnya yang memukau. Malah Vanessa pernah memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di acara penuh berprestij, Anugerah Industri Muzik pada tahun 2022.

Erti Rindu

Kini, Vanessa kembali dengan sebuah lagi karya baharu berjudul ‘Erti Rindu’ buat para pencinta seni muzik tempatan. Lagu yang dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh Affan Mazlan itu merupakan sebuah balada yang dijangka mampu mencuri perhatian para pendengar.

Seperti judulnya, lagu ini mengisahkan perasaan rindu pada seseorang. Malah ia boleh dikaitkan dengan orang yang masih bersama kita namun berada jauh di tempat yang lain atau ia boleh juga menggambarkan perasaan rindu pada seseorang yang telah tiada ataupun telah pergi.

Jadi terpulang pada pendengar untuk menginterpretasikan lagu ini dengan cara mereka sendiri. Intinya, lagu ini tentang rindu.

Saat ditanya tentang proses rakaman, Vanessa tidak menafikan bahawa terdapat beberapa cabaran untuk menyiapkannya.

Biasanya saya akan sentiasa cuba menyampaikan lagu mengikut gaya persembahan dan nyanyian saya tersendiri. Namun kali ini semasa bekerjasama dengan Affan Mazlan selaku produser dan pencipta lagu, saya diminta untuk mengubah gaya penyampaian saya.

Ini kerana Affan telah pun mempunyai gambarannya yang tersendiri tentang cara ia ingin lagu ini dipersembahkan. Lantas, dalam rakaman lagu ini sebutan dan lontaran suara saya lebih bulat dan penuh seperti yang diminta Affan.

Malah ia ada sedikit bayangan seperti lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi dari seberang, Mahalini. Affan yakin jika sebutan saya dalam lagu ini lebih penuh, ia akan membuat lagu ini lebih sedap didengar.

Jadi di situlah cabaran utama saya semasa rakaman kerana terpaksa beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan gaya nyanyian yang berbeza. Namun saya sahut cabarannya dan berjaya memberikan apa yang diminta penerbit.

Menurut Vanessa lagi, proses rakaman mengambil masa sekitar empat jam.

Pada saya, hasilnya bagus walaupun ada beberapa perkara yang menurut saya mungkin boleh diubah. Tapi oleh kerana produser dan pencipta lagu ini sudah mempunyai visinya yang jelas dan tersendiri untuk karyanya ini, saya ikut arahannya kerana yakin bahawa inilah yang terbaik buat lagu tersebut menurut pencipta lagu.

Saya harap para pendengar akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan menyukai karya ini seperti mana saya menyukainya. Lebih penting, saya harap semua orang boleh merasai maksud lagu ini dan akan memutarkannya berkali-kali.

Bakal dikeluarkan hari ini, ‘Erti Rindu’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

MENARIK:  [VIDEO] Zaquan Adha Buat Laporan Polis, Dakwa Rita Rudaini Keluar Kenyataan Berunsur Fitnah

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular