[VIDEO] Adakah Boleh Terima Bantuan Sedangkan Rumah Tak Masuk Air Banjir? Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum

Shopee Sale


Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum memohon bantuan akibat terkesan kerana banjir.

Penerangan Ustaz Azhar

" data-video-id="7444092908245945608" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@ustaz.azhar.idrus

Mohon Bantuan Banjir Tapi Rumah Tidak Kena Banjir @Ustaz Azhar Idrus Official @UAItube #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #uaioriginal #fyp #banjir #ustazazhar #uai

? original sound – Ustaz Azhar Idrus – Ustaz Azhar Idrus

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar berkata, setiap individu yang ingin memohon bantuan perlu melihat dengan teliti syarat-syarat bantuan berkenaan.

Hal ini kerana, kadang kala bantuan tersebut hanya mengutamakan mangsa banjir yang benar-benar terkesan dan kediaman mereka mengalami kerosakan yang teruk.

Bila kerajaan beri sumbangan pada mangsa banjir, tengok apakah syaratnya.

Jika syarat tidak dinyatakan tentang kerosakan rumah dan asalkan duduk dalam kawasan banjir, maka boleh memohon.

Tetapi jika ada syarat yang menyatakan tentang kerugian, maka yang mengalami kerugian sahaja boleh menerima sebab bantuan itu dikhususkan.

Nasihat ustaz

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 60 tahun itu juga menitipkan nasihat agar individu yang berkemampuan tidak mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disediakan.

Banyak kes berlaku makan duit haram, orang yang tak layak juga meminta bantuan.

Hati-hati dan jangan minta. Walaupun ada kerosakan sedikit, kalau boleh janganlah minta.

Kalau ada kerosakan banyak sekalipun namun kita mampu, janganlah minta. Kita buat sendiri sebab Allah dah beri kita lebih. Itu yang terbaik.

‘Barang sesiapa yang meminta lagi sumbangan kerana nak memperbanyakkan harta, sesungguhnya dia sudah meminta bara api neraka jahanam pada hari kiamat.’

MENARIK:  Ini Cara Mudah Untuk Pastikan Anak-Anak Dapat Lanjutkan Pelajaran Tanpa Bebanan Hutang

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular