Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur dan teruja selepas menerima kejutan daripada keluarga tercinta sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33, baru-baru ini.
Kejutan hari jadi Adira
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan ahli keluarga Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira binti Suhaimi termasuk adik beradiknya, anak-anak, anak-anak tiri dan bekas suami, Datuk Red memberi kejutan dengan menyambut hari jadinya di rumah.
Pelantun lagu Ilusi itu berkata, untuk menjayakan ‘kejutan’ tersebut, dia telah dibawa oleh Datuk Red atau sebenarnya Adnan Abu ke sebuah kedai makan manakala mereka yang lain sudah membuat persiapan di rumah.
Setibanya di pintu pagar, Adira terkejut melihat insan-insan kesayangannya berada di rumah. Kejutan sempena ulang tahun kelahiran Adira telah berlangsung secara kecil-kecilan bersama keluarga tersayang.
Diorang semua dah bersekongkol. Ami (panggilan Adira) menghargai kakak, abang dan semua keluarga yang datang.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.