Pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium kepada dua orang anaknya, Soffya dan Fahri sempena ulang tahun kelahiran mereka.
Persediaan masa depan
Ketika ditemui , Wawa, 33, berkata keputusan membeli rumah yang terletak di Bangi, Selangor adalah sebagai aset untuk masa depan.
Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.
Rumah yang dibelikan tidaklah terlalu mahal, berpatutan saja. Mengenai harga, rasanya tak perlu saya kongsikan.
Setiap anak dapat rumah
Tambah Wawa, dia dan Aeril menyediakan setiap orang anak kediaman masing-masing di samping menyimpan wang bagi kegunaan pembelajaran atau kecemasan yang tidak diduga.
Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Semua itu hasil perniagaan kami.
Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku.
Wawa dan Aeril berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor, pada Sabtu.
Bercerita mengenai produk terbaru, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin berkata dia memperuntukkan sebanyak 100,000 unit untuk kempen kali ini.
Ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk pakaikan anak-anak sunscreen dewasa, jadi saya bantu terutama pada yang kulit sensitif.
Baby Sunscreen ini diformulasikan secara mineral base yang sangat bagus untuk kulit budak-budak.
Kami jual dengan harga RM12 untuk saiz kecil manakala saiz besar berharga RM35.
Sekadar info, Aeril dan Wawa berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.