[VIDEO] Alejandro Garnacho & Andre Onana Ucap ‘Get Well Soon’ Buat Faisal Halim – ‘Stay Strong, We Are With You’

Shopee Sale


Kes disimbah asid melibatkan pemain kebangsaan, Faisal Halim bukan sahaja mendapat perhatian ahli sukan serta selebriti dalam negara malah turut mendapat perhatian atlet terkenal luar negara.

Doa pemain Man Utd buat Faisal

Terbaharu, pemain bola sepak antarabangsa Argentina dan Cameroon iaitu Alejandro Garnacho dan Andre Onana menitipkan ucapan istimewa buat Faisal Halim.

Menerusi video dimuat naik Stadium Astro, dua pemain tonggak pasukan terkenal England, Manchester United itu memaklumkan mereka sedia maklum dengan kejadian yang menimpa Faisal.

Mereka berharap Faisal cekal dan tabah dengan dugaan yang dihadapi serta mendoakan agar pemain sayap Selangor FC segera sembuh dari kecederaan yang dialami.

Hello Faisal, kami tahu insiden yang menimpa anda ketika ini. Kami rasai apa yang anda rasa dan kami tahu ia adalah satu situasi yang sukar buat anda dan juga keluarga anda.

Saya (Onana) dan Garnacho ingin mendoakan yang terbaik buat anda dan terus kuat dengan dugaan ini.

Kami ada bersama anda dan saya mewakili ahli pasukan yang lain mendoakan yang terbaik buat anda, saudaraku.

Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

MENARIK:  Sudah Lima Tahun Tak Berlakon, Julia Ziegler Nafi Tinggalkan Dunia Seni

Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

Video

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular