[VIDEO] Alif Teega & Aisyah Hijanah Memperlihatkan Kemesraan & Keseronokan di Taman, Didoakan Kekal Bahagiaoleh Ramai

Shopee Sale


Perkongsian video Alif Teega di TikTok baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada wargamaya.

Alif Teega, Aisyah luang masa dengan anak-anak

Menerusi video pendek tersebut, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif bin Mohd Hazani berkongsi momen dirinya meluangkan masa bersama isteri tercinta, Aisyah Hijanah dan dua anaknya di sebuah taman rekreasi.

Alif dan Aisyah duduk di atas kerusi sambil di meja terhidang beberapa jenis makanan dan sesekali Aisyah dilihat menyuapkan kuih ke mulut suaminya itu, begitu juga dengan Alif. Mereka juga berborak semasa sendiri dan terlihat senyuman terukir di bibir mereka.

Tak dinafikan, rata-rata wargamaya kagum dengan Aisyah yang masih mampu menjalinkan hubungan mesra dengan Alif meskipun rumah tangga pasangan itu pernah dilanda masalah dek kehadiran orang ketiga yang kini merupakan isteri kedua suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga segelintir individu bertanyakan dimana isteri kedua Alif, Fatin Umaidah dan bagaimana dengan perasaannya saat melihat momen tersebut.

MENARIK:  Elizabeth Tan Tidak Pernah Beli Baju Hitam Untuk Tahun Baru Cina, Dianggap Sebagai Lambang Nasib Malang Kena Bagi Angpau

Video

" data-video-id="7337269615099202836">
@alifteega????? original sound – bintuSijan_. – philophobia

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular