[VIDEO] Alyph Kongsi Nasihat Arwah Ibu – ‘Maafkan Orang Walau Apa Pun Dia Buat Dekat Kita’

Shopee Sale


alyph

Penyanyi rap terkenal, Alyph berkongsi pesanan arwah ibunya yang masih tersimpan di memori sehingga ke hari ini.

Pesanan ibu

alyph

Menerusi temu bual bersama Rakita, Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah berkata ibunya menasihati agar dia sentiasa memaafkan orang lain dengan tidak menyimpan sebarang dendam.

Nasihat yang paling diingat adalah maafkan orang walau apa pun orang buat dekat kita.

Kiranya jangan cari dendam. Sebab perkataan justice (adil) itu menyakitkan hati sebab kita tak dapat kepuasan yang kita cari dalam dendam.

Menurut penyanyi berasal dari Singapura itu, sebagai seorang manusia kita tidak boleh meminta balasan buruk berlaku kepada insan lain malah perlu menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Kita perlu percaya kepada tuhan dan maafkan dia.

Kita pun tak bolehlah mengharapkan yang suatu hari tuhan akan tunjuk.

Cuma fokuskan diri. Tengoklah, nanti dengan masa, benda-benda pelik akan jadi dengan sendirinya.

Untuk info, arwah ibu Alyph iaitu Allahyarhamah Maria Salim meninggal dunia pada tahun 2016.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Swipe ini baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Dari Jauh.

Dari Jauh mengisahkan seseorang yang tidak pernah memberikan waktu dan perhatian terhadap pasangan sendiri sehingga terpaksa berpisah, barulah dia sedar akan kesilapannya.

MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Hadiahkan Suami Honda Civic FL5R Sempena Hari Lahir – ‘Terima Kasih Sebab Tak Pernah Keji Walaupun Satu Malaysia Kecam’
" data-video-id="7368843192092921108" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@rakita.my

Apa nasihat ibu anda yang ingat sampai ke hari ini? ??? @alyphland @Ezaura #Rakitamy #PetangRakita #Alyph #DariJauh

? Overcome – Skott

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular