Perkongsian terbaharu di TikTok milik pelakon Aniq Suhair mencuri perhatian apabila aktor itu memuat naik video dia sedang mengaji.
Mengaji suara sedap
Menerusi hantaran itu, Aniq atau nama lengkap Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, sedang membaca surah fatir.
Aniq berkata, tidak salah untuknya sekali sekala berkongsi video memaparkan dia mengaji di platform media sosial miliknya.
Sekali sekala post mengaji takpe kan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji bacaan Aniq dan memintanya untuk selalu berkongsi video sedemikian yang dapat memberi fadilat serta manfaat kepada orang ramai.
Tidak kurang juga yang memuji suara aktor itu yang dikatakan merdu ketika membaca surah tersebut.
Terdahulu, Aniq bertindak memadam semua foto dan video memaparkan dirinya tidak menutup aurat di seluruh platform media sosial.
Kata bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 dia dalam fasa memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.