[VIDEO] ‘Apa Khabar Malaysia’ – B.I Umum Pelbagai Kejutan Buat Peminat Sempena Konsert Solo 30 Jun Ini!

Shopee Sale


Penyanyi K-pop, B.I bakal mementaskan konsert solo pertamanya di Malaysia yang berjudul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ di Kuala Lumpur, anjuran Lo-Fi Entertainment, pada 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024 di Mega Star Arena, KL.

Beberapa siri kejutan kepada peminat

Menjelang hari persembahan, B.I telah membawa beberapa siri kejutan kepada peminatnya dikenali sebagai ID yang bermaksud “identiti”, antaranya rakaman video ucapan, serta pengumuman artis jemputan iaitu LEO yang di bawah naungan syarikatnya untuk konsert ini di ibu kota.

Tahun lepas, LEO mengeluarkan lagu single “One Look” dan terus menarik perhatian dalam bidang hiburan.

Bukan sahaja para peminat yang telah membeli tiket berpeluang memenangi pelbagai faedah peminat atau ‘fan benefits’, mereka yang ingin membeli tiket selepas ini turut berpeluang memenangi faedah tambahan seperti berikut:

• Zon HYPE – RM788
Faedah Peminat Tambahan: Panggilan Video Eksklusif bagi 6 peminat bertuah, Sesi Goodbye untuk 100 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 90 peminat (Satu kumpulan 30 orang)

• Zon UP – RM688
Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck bagi 25 peminat, Sesi Goodbye untuk 50 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 60 peminat (Satu kumpulan 30 orang)

• Zon BE – RM538
Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck untuk 25 peminat

MENARIK:  Sambut Ramadan dengan Rindu Leona: Azhar Sulaiman Mahu Pergi Banyak Lagi Bazar

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan tiket anda melalui http://www.ticketingtix.com. Harga tiket tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.

Video


The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular