[VIDEO] Apakah Hukum Bergambar Dengan Pokok Krismas & Santa Claus? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

Shopee Sale


Sempena sambutan perayaan Hari Natal, kebanyakan gedung beli belah akan mula dipenuhi dengan hiasan pokok-pokok Krismas.

Penjelasan ustaz

" data-video-id="7446813328661368072" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@ceramah.ustaz33

Apakah hukum bergambar dengan pokok Krismas dan santa Clause #ustazazharidrus #uai #pokokkrismas #santaclause #halalharamdalamislam #kongsibersama #ilmuagama #reminderislamic #foryou

? suara asli – Allginanjar – allginanjar

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum orang Islam mengambil gambar bersama pokok Krismas dan Santa Claus.

Menurut pendakwah itu, orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya meniru orang kafir kerana boleh menimbulkan salah sangka.

Pokok itu tidak haram, yang haram apabila kita hias pokok itu semasa sambutan perayaan Hari Natal sehingga ada yang menyangka rumah kita adalah rumah orang Kristian. Itu hukumanya haram.

‘Orang yang meniru sesuatu kaum, dia termasuk kaum itu.’

Maksudnya hadis tersebut adalah orang Islam yang meniru. Bukan semata-mata tiru tetapi jika orang yang tidak mengenali diri kita kemudian mereka menganggap kita adalah orang kafir, maka itu adalah haram.

Hanya bergambar

Ustaz Azhar Idrus

Walau bagaimanapun, tiada masalah untuk bergambar namun agama melarang meletakkan kepercayaan terhadapnya.

Kalau bergambar di pasaraya dengan anak dekat pokok itu, ianya tidak haram.

Tapi jangan memuliakan.

Ingat, setiap perayaan orang kafir kita kena beritikad (percaya) apa yang mereka buat adalah batil (tidak benar).

MENARIK:  Lancar Peraduan ‘Buy, Snap & Win’ Sempena Ramadan, MyNews Tawar Hadiah Bernilai RM10k & Sebuah PS5 Untuk Pemenang

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular