Kerja macam biasa
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aqo mempromosikan bisnes fotografi produksi miliknya.
Boleh mintak tolong sikit? Kongsikan kepada kenalan anda tentang servis kami di @aqoproduction.
Terima kasih. Jasi baik anda sangat dihargai.
Jalan terus
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kata-kata semangat kepada jurugambar profesional itu untuk meneruskan perjalanan dalam bidangnya.
Sekadar info, pada 10 Januari Aqo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas dua pertuduhan mencederakan dua orang pereka fesyen.
Walau bagaimanapun, sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan.