[VIDEO] ‘Ayah Aslam Tu Ustaz, Mereka Daripada Keluarga Baik’ – Abby Abadi

Shopee Sale


abby marissa.

Pelakon, Abby Abadi meluahkan perasaannya berhubung kemelut yang sedang melanda anak perempuannya Marissa Dania Hakim yang didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama Aslam.

Keluarga yang baik

abby marissa.jpg

Menerusi podcast GVV Studio yang hoskan oleh Datin Rabeeca Nur Islam, Abby sama sekali tidak pernah menyangka puterinya itu akan jatuh cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Perkara itu adalah di luar jangkaan dan tidak pernah terfikir oleh akal fikiran saya, anak saya suka dekat suami orang.

Pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan itu juga mendedahkan bahawa dia pernah beberapa kali bertemu dengan Aslam dan mengakui pemuda itu berasal dari keluarga yang baik.

Saya pernah jumpa Aslam dalam dua kali, yang pertama semasa sekolah rendah kemudian masa sekolah menengah sekali. Saya anggap benda itu cuma biasa-biasa, tak sangka pula percintaan itu terlalu mendalam.

Mereka daripada kalangan keluarga yang baik-baik, mereka sekolah rendah sama..suami saya selalu pergi masjid dan tahu ayah Aslam tu ustaz. Jadi maknanya kami saling kenal-kenal begitu.

Perasaan seorang ibu

abby marissa.jpg

Bagaimanapun, Abby meluahkan rasa kecewa kerana keputusan yang diambil oleh Marissa iaitu memilih untuk menjadi isteri kedua.

Bila berlaku seperti apa yang sedia maklum sekarang ini, saya tak terluah dengan kata-kata, benda-benda yang sangat mengejutkan dan tak terjangka dek akal. Saya tak sangka, dalam usia macam tu anak-anak dah tak nak dekat kita..dah pandai buat keputusan sendiri.

Cumanya saya rasa macam ralat sebab benda ada pilihan. Contohnya, pada saya anak saya dia boleh cari orang yang lebih baik bukan suami orang, boleh hidup seronok-seronok dengan suami sendiri sahaja..kenapa nak berkongsi? Itu yang saya fikirkan sekarang.

Dalam pada itu, menurut Abby dia telah berusaha untuk berkomunikasi dengan Marissa namun gagal.

Saya tergamam, saya tak ada kesempatan. Bila saya nak bercakap dengan dia tak nak cakap langsung.

Sebelum ini dia ada teman lelaki, tapi saya tak tahu dengan Aslam ini bila mereka mula.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang rakaman video promosi sebuah jenama pakaian tempatan memaparkan gandingan Marissa dan Aslam yang menggayakan baju raya sedondon berwarna hitam.

MENARIK:  [VIDEO] Adakah Raya Masih Sama?- Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua!

Dalam perkembangan yang lain, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan suaminya akan terlibat bersama.

Sebelum ini anak kepada pasangan selebriti tersebut didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand.

Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan

" data-video-id="7344244298164063495" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@buletin.tikt0k

Part 1. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular