Pelawak dan pengacara Indonesia, Sule mencuri perhatian netizen ketika memberikan ucapan di majlis perkahwinan anaknya yang merupakan penyanyi, Rizky Febian bersama Mahalini baru-baru ini.
Titip pesan & nasihat
Menerusi hantaran dimuat naik @silvianh.19 di TikTok, Sule atau nama sebenarnya H. Sutisna meminta Rizky untuk membimbing Mahalini dalam rumah tangga.
Ingat, Iki (Rizky) harus menjaga dan membimbing Lini (Mahalini) sebaik-baiknya.
Kalau tidak, kamu berurusan dengan ayah.
Sebagai seorang lelaki, kamu harus bertanggungjawab.
Tambah Sule, Rizky dan Mahalini harus saling bersyukur kerana mereka sangat sepadan dan dijodohkan bersama.
Bersyukurlah Iki kerana kamu mempunyai isteri yang mahal (Mahalini).
Lini juga harus bersyukur kerana selalu dikurniakan rezeki (Rizqy).
Dalam pada itu, Sule turut menitipkan nasihat yang ternyata meruntunkan hati wargamaya yang mendengarnya.
Ayah mahu titip pesan bahawa ayah tak kisah kalau korang berdua lupakan ayah dalam hidup tapi jangan pernah lupakan antara satu sama lain.
Ayah juga yakin korang tak akan jadi seperti ayah (bercerai) dan ayah juga tak mahu korang menjadi seperti ayah.
Tuhan merahmati kalian, Aamiin.
Sekadar info, Sule pernah mendirikan rumah tangga bersama Lina Jubaedah pada tahun 1997 sebelum bercerai pada tahun 2018.
Sule kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Nathalie Holscher pada tahun 2020 sebelum sekali lagi bercerai dua tahun kemudian.