[VIDEO] Baim Wong Berdamai Dengan Diri Sendiri, Tidak Benci & Dendam Dengan Mana-Mana Pihak – ‘Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Paula’

Shopee Sale


Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong mengakui memilih untuk berdamai dengan diri sendiri susulan kes perceraiannya dengan isterinya, Paula Verhoeven.

‘Kekuatan saya adalah berdamai dengan diri sendiri’

Ketika ditemui , Baim atau nama lengkapnya Muhammad Ibrahim, 43, berkata, dia juga kini menjalani kehidupan tenang bersama dua anaknya iaitu Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.

Tambah Baim lagi, salah kekuatannya untuk kekal tenang adalah dengan tidak membenci atau menyimpan dendam terhadap mana-mana individu.

Kekuatan saya adalah berdamai dengan diri sendiri dan jangan membenci sesiapa. Kalau sudah jujur saya terima apa sahaja.

Saya juga harus kekal kuat. Kalau sudah jujur saya terima apa adanya, tiada yang perlu takut.

Apabila ditanya responnya terhadap kecaman yang dilemparkan oleh pengguna media sosial, Baim mengakui dia tidak mengambil endah dengan komen-komen negatif tersebut.

Saya ni seorang yang sensitif. Kadangkala bila baca komen-komen negatif itu, saya akan terfikir jadi saya elakkan. Cuma saya tidak pernah menyalahkan atau berdendam dengan orang.

Baim berkata sedemikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem arahannya Lembayung di GSC, Tropicana Gardens Mall, pada Selasa.

‘Saya dan Paula masih berhubung, masih WhatsApp’

Dalam pada itu, Baim memberitahu bahawa hubungannya dengan Paula dalam keadaan baik dan masih berhubung menerusi WhatsApp. Walau bagaimanapun, dia namun enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai sinaran untuk mereka kembali bersama sebaliknya menyerahkan segalanya kepada ketentuan dan takdir Allah SWT.

Saya pun tak pernah menyangka perkara seperti ini akan terjadi, doakan sahajalah yang terbaik. Doakan saja buat kebaikan keluarga saya. Saya dan Paula masih berhubung, masih WhatsApp.

Sementara itu, Baim juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Alhamdulillah, doakan sahaja buat kebaikan saya, keluarga dan Paula.

Bercerita tentang Lembayung yang juga filem seram pertama arahannya, Baim berharap ianya mendapat sambutan hebat di Malaysia.

MENARIK:  [VIDEO] Tiga Hari Mengidam, Wanita Mengandung Sebak Akhirnya Dapat Beli Karipap Kambing Penjara Kajang

Lembayung yang bakal ditayangkan bermula 5 Disember depan dibintangi pelakon, Anna Jobling selain bintang popular Indonesia seperti Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka dan Daffa Wardhana.

Terdahulu, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 namun aktor itu memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu kerana mendakwa Paula berlaku curang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3 dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Sehingga kini, perbicaraan kes perceraian mereka masih berlangsung di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular