[VIDEO] Bapa Menangis Guru Sekolah Pondok Hamilkan Anak Bawah Umur, Nikah Tanpa Wali – ‘Saya Rasa Gagal Sebagai Bapa’

Shopee Sale


Luluh hati seorang bapa apabila menceritakan mengenai kehidupan anaknya yang rosak akibat tipu daya seorang guru di sekolah pondok yang terletak di Indonesia.

Perdaya anak kahwin tanpa wali

" data-video-id="7387417847850388742">
@dennysumargoreal JERITAN HATI SEORANG AYAH #curhat #dennysumargo #viral #trending #fyp ? suara asli – DENNY SUMARGO

Menerusi potongan video di TikTok, individu yang dikenali sebagai Mat Rokim itu begitu kecewa dengan tindakan guru tersebut yang telah menghamilkan anak gadisnya yang masih di bawah umur.

Dia (anak) dinikahi tanpa pengetahuan saya. Guru tersebut memberitahu anak bahawa kalau dia menikah dengannya, akan masuk syurga.

Dan ketika ini, saya rasakan yang saya telah gagal sebagai seorang ayah yang baik kepadanya.

Pendedahan itu dibuat Mat Rokim ketika menjadi tetamu bersama anaknya di sebuah podcast terkenal Indonesia iaitu Curhat Bang Denny Sumargo.

Sementara itu, si anak tampil menjelaskan bahawa dia dan gurunya yang dikenali sebagai Muhammad Erik telah bernikah tanpa wali.

Menurut gadis itu lagi, mereka juga menjalani proses ‘malam pertama’ sebagai seorang suami isteri di rumah rakan kepada gurunya.

Waktu itu, kami kahwin tanpa wali saya. Dia (cikgu) beritahu, ‘Tak mengapa kalau tak ada wali’.

Kami juga melalui ‘malam pertama’ sebagai suami isteri di rumah rakannya.

Rokim turut memaklumkan dia kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi mendapatkan keadilan.

MENARIK:  Netizen Serang IG Ruhainies Selepas Dicabar Berkhalwat Dengan Aliff Aziz – ‘Harap Jangan Dia, Saya Minat Dia Juga’

Sekadar info, gadis tersebut difahamkan telah bernikah dengan gurunya pada usia 16 tahun pada Ogos tahun lalu.

Video penuh

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular