Pelakon Azlan Komeng memaklumkan beg berisi wang hasil perniagaannya telah hilang semasa dia dan isteri terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat lalu.
Minta pulangkan
@puan nilam ortiz @AzlanKomeng
? original sound – JALILRAZAK2 – JALILRAZAK2
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, adik angkat kepada Azlan iaitu Jalil Razak memberitahu tentang perkara tersebut.
Siapa yang terambil beg ketika kemalangan itu berlaku, boleh pulangkan balik tak? Dalam beg itu ada barang-barang niaga..terutama sekali duit.
Dalam pada itu, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran yang dilihat masih terlantar di atas katil hospital turut memohon agar beg tersebut dikembalikan kepadanya.
Pada hari kemalangan itu, apa yang tidak kami sedari adalah duit hasil perniagaan hari itu, tak tahulah tercampak ke mana atau terjatuh di dalam kereta.
Kepada sesiapa yang terjumpa dan sudi untuk pulangkan, bolehlah hubungi saya atau isteri atau adik angkat saya.
Difahamkan aktor berusia 48 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor.
Netizen gesa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa agar individu yang mengambil beg tersebut memulangkan semula kepada Azlan.
Tolong pulangkan, kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.
Mudah-mudahan orang yang terambil itu terbuka hati nak pulangkan balik.
Pulangkan balik, janganlah ambil barang yang bukan kita punya.
Terdahulu, isteri kepada Azlan iaitu Nur Nilam Ortiz memaklumkan dirinya dan Azlan telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.
Menurut Nilam, kenderaan yang dipandu Azlan telah bertembung dengan sebuah van ketika mereka dalam perjalanan ke tapak berniaga.
Kemalangan tersebut memerlukan Azlan untuk menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan dan mengalami kecederaan lain iaitu patah pada bahagian kedua-dua belah kaki dan pinggul.