[VIDEO] Bella Astillah Kongsi Keadaan Selepas Bercerai, Sudah Berlapang Dada Dengan Masa Lalu – ‘Rasa Lebih Tenang’

Shopee Sale


Pelakon Bella Astillah berkongsi tentang keadaannya selepas bercerai dengan penyanyi dan aktor, Aliff Aziz.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Buat Trend TikTok Guna Lagu ‘Steal My Girl’, Netizen Syak Bella Astillah Dalam Kereta Muaz Zabir – ‘Kuku & Cincin Sama’

Artikel berkaitan: Bella Astillah Tunai Umrah, Mohon Maaf Kepada Semua – ‘Semoga Ibadah Ini Terlaksana Dengan Baik & Diterima Allah SWT’

Kehidupan semakin tenang

Menerusi perkongsian di TikTok Kitsui, Bella memberitahu dia semakin tenang dan gembira menjalani kehidupan bersama anak-anaknya.

Saya nak kongsi tentang keadaan saya dengan semua. Buat masa sekarang ni ramai yang nampak saya gembira bersama anak-anak. Lepas itu terasa lebih tenang, Alhamdulillah.

Sebenarnya saya nak buat video ini sebab nak ucapkan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada rata-raya yang beri sokongan, peminat dan terutama keluarga saya yang sentiasa ada bagi semangat dan tak lupa juga kepada Kitsui.

Menurut Bella, dia belajar bahawa setiap pertemuan dan perpisahan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Sedikit perkongsian daripada saya, sebenarnya apa pun yang jadi dalam hidup kita terutama orang-orang yang pernah hadir, yang ada dalam hidup kita semuanya bersebab.

Kadang-kadang mereka hadir memberi semangat, ada yang memberikan pengajaran ataupun memberikan peringatan kepada hidup kita.

Jadi macam-macam lagi kita hanya perlu redha dengan takdir dan belajar daripada kesilapan hidup. Apa-apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Itu yang paling terbaik.

Berlapang dada dengan masa lalu

Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini sudah berlapang dada dengan masa lalunya dan bersyukur masih memiliki orang-orang yang tersayang di sekelilingnya.

Macam yang saya lalui sekaranglah, saya terima semuanya dengan berlapang dada dan jalani hidup ni seperti biasa kerana apa yang paling penting saya masih ada kedua orang tua saya dan anak-anak dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz pernah berkahwin pada 9 September 2016 namun sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

MENARIK:  [VIDEO] TikTok Sensation Amuses Netizens by Taking on the Title "Hot Daddy" and Discussing Polygamy, Causing a Stir - Even Wishing Goodluck to Critics

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

" data-video-id="7399474989482741000">
@kitsuimalaysia Terima kasih atas doa yang baik-baik. Bella appreciate everyone yang support Bella. Bella kuat kerana korang semua ?? #kitsuiprotectwomen #womenprotectwomen #wanitabangkitsekarang #kitsui ? original sound – Kitsui Malaysia

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular