[VIDEO] Bella Astillah Kunci Mulut Soal Permohonan Maaf Terbuka Ruhainies – ‘Saya Nak Fokus Perbicaraan Mahkamah’

Shopee Sale


Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bertindak kunci mulut tentang permohonan maaf secara terbuka daripada Ruhainies susulan kontroversi yang turut membabitkan penyanyi, Aliff Aziz.

Artikel berkaitan: ‘Cuba Interview Ruhainies Pula’ – Bella Astillah

Artikel berkaitan: Ruhainies Jawab Dakwaan Permohonan Maaf Tidak Ikhlas, Hanya Diri Sendiri & Allah Tahu – ‘Netizen Pun Dah Penat’

Mahu fokus perbicaraan mahkamah

Menurut pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia hanya mahu memberi fokus terhadap perbicaraan di mahkamah dan karier seninya.

Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik.

Disoal mengenai hubungan dengan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut.

Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu.

Susulan kes yang masih berjalan di mahkamah, Bella dinasihati oleh peguam untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan fokus kepada kerjanya sahaja.

Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam.

Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik.

Terdahulu, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella melalui perkongsian dibuat dalam Instagram Story dan menerusi temu bual Melodi.

MENARIK:  Iklan Ramadan & Raya Lazada ‘Bukan Beshe-Beshe’ Tahun Ini!

Permohonan maaf itu dibuat dipercayai selepas pendedahan ‘screenshot’ perbualan oleh Sarah yang mendakwa Aliff dipergunakan oleh Ruhainies.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular