[VIDEO] Bella Astillah Sudah Berjumpa Dengan Sarah Yasmine, Syukur Tambah Bukti Untuk Bawa Ke Mahkamah – ‘Dia Cari Saya Dulu’

Shopee Sale


Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia tidak terkejut dengan pendedahan dibuat wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku dirinya merupakan kekasih kepada suaminya, Aliff Aziz.

Artikel berkaitan: ‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Wanita ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi

Artikel berkaitan: Kekasih Gelap Aliff Aziz Berstatus Janda Ada Anak?

Sarah mengaku pada Bella

Ketika ditemui , Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengakui wanita itu antara yang pernah menjalinkan hubungan dengan suaminya sebelum ini.

Untuk perkara itu, saya tak terkejut sebab dia (Sarah) juga termasuk dalam senarai yang saya pernah cakapkan sebelum ini.

Macam yang saya kongsi sebelum ini saya pernah letak perakam suara dalam kereta, jadi saya dah tahu siapa dia.

Tambah Bella, dia juga sudah berjumpa dengan Sarah kira-kira seminggu lalu selepas wanita berkenaan berkeras mahu menjelaskan isu tersebut.

Dia yang mencari saya dulu, dia call dan WhatsApp saya dan kami pun sudah berjumpa kira-kira seminggu yang lalu.

Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti satu sama lain di Instagram.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya.

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia agak terkejut dengan pendedahan dan pengakuan dibuat Sarah menerusi laman Instagram (IG).

Namun, dalam masa sama, berasa sangat bersyukur kerana pendedahan itu boleh dijadikan sebagai bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Saya tak tahu secara detail tetapi bila baca apa yang diceritakan Sarah itu saya macam terkejut.

Tetapi inilah kemanisan orang yang bersabar dan kebenaran itu datang dengan sendirinya dikala saya tengah ‘busy’ bekerja.

Sebenarnya saya dah berada di fasa ‘move on’ dah pun, saya mula bekerja dan sibukkan diri dengan anak.

Dan mungkin Allah nak permudahkan di mana bukti-bukti untuk kes mahkamah ditambah lagi (dengan pendedahan Sarah).

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

MENARIK:  [VIDEO] Pakar Motivasi Selar Tindakan Promosi Produk ‘Double Meaning’ – ‘Sengaja Buat Untuk Viral, Lepas Itu Padam & Minta Maaf?’

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular