[VIDEO] Bella Astillah Tak Tuntut Nafkah Idah, Mutaah & Harta Sepencarian Daripada Aliff Aziz – ‘Saya Tak Nak Panjangkan Kes Lagi’

Shopee Sale


bella

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya bersama penyanyi Singapura, Aliff Aziz telah selesai.

Tak mahu tuntut

Ketika ditemui , Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah berharap agar ini adalah kali terakhir dia menjejaki ke mahkamah.

Alhamdulillah, dah selesai dah.

Saya rasa bersyukur sebab dipermudah dan saya percaya ramai orang di luar sana dah penat apatah lagi diri saya sendiri.

Saya juga berterima kasih dengan pasukan peguam sebab bantu memudahkan semuanya. Terima kasih semua yang mendoakan Bella, dan mungkin ini kali terakhir saya akan hadir ke mahkamah, insya-Allah.

Dalam pada itu, Bella bertindak untuk tidak membuat sebarang tuntutan seperti nafkah mutaah, idah dan harta sepencarian daripada Aliff semasa prosiding penceraian.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini, tujuannya berbuat demikian adalah kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Sebenarnya saya tak tuntut sebab tak nak panjangkan lagi isu selepas ini.

Saya juga tak mengharapkan apa-apa daripada Aliff. Sekarang ini, adalah fasa untuk saya ‘move on’ saja dan itu jauh lebih penting.

Banyak lagi perkara yang saya nak buat. Nak jaga anak-anak dan macam-macam lagi.

Bella berkata demikian ketika ditemui selepas disahkan bercerai dengan Aliff di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Bella turut bersyukur kerana mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak-anak.

Syukur Alhamdulillah, hak penjagaan semuanya kepada saya dan sebab itu seperti yang saya kata tadi, saya tak menuntut apa-apa daripada Aliff sebab harga yang paling bermakna adalah anak-anak.

Dapat anak pun saya bersyukur sangat dah.

Ketika ditanya adakah bersedia untuk bertemu dengan Aliff berhubung hal melibatkan anak-anak selepas ini, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Aku Tanpa Cintamu’ memaklumkan dia masih belum berkesempatan untuk memikirkan perihal itu.

Masih belum berkesempatan untuk berfikir hal itu. Jadi, kita akan tengok dari masa ke semasa.”

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia, Wajib Keluar ‘Dating’ Berdua – ‘Kita Perlu Sentiasa Berkomunikasi’

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

" data-video-id="7379862236434631943" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@official

Alhamdulillah Bella kelihatan tenang ?# #fyp #news #cerai #bellaastillah #aliffaziz

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular