[VIDEO] ‘Bella Tak Makan.. Tak Boleh Tidur, Kurus Sangat’ – Puteri Sarah

Shopee Sale


psl bella

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, pelakon Puteri Sarah Liyana meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakan selebritinya, Bella Astillah yang sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.

Doa Puteri Sarah

psl bella 22

Menerusi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat sedang melakukan jualan dan mempromosikan produknya.

Puteri Sarah kemudian menzahirkan rasa simpati terhadap Bella dan mengajak pengikutnya untuk mendoakan aktres itu.

Pada hari pertama Ramadan bulan puasa ini , jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja..semoga dia kuat dan tabah.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berkongsi keadaan terkini pelakon berasal dari negeri di bawah bayu itu.

Sampai sekarang dia masih tak boleh terima apa yang terjadi, dia tak boleh makan, tak boleh tidur..dia kurus sangat.

Menjengah ke ruangan komen, Bella dihujani dengan sokongan dan doa daripada warganet yang berharap agar dia tabah menjalani dugaan yang menimpa.

Bella pandai jaga harga dirinya, semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhiratnya.

Kesian sangat pada Bella. Semoga Bella berjaya suatu hari nanti macam Sarah.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

MENARIK:  Erra Fazira Bahagia Sendiri, Tidak Terfikir Nak Kembali Pada Engku Emran – ‘Saya Percaya Aturan Allah’

Dalam perkembangan terbaru kes tersebut, Ruhainies menerangkan bahawa dia dan selebriti berasal daripada Singapura itu sudah lama berkawan dan sedang menjalani penggambaran drama bersama.

Ruhainies juga memaklumkan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut apabila tiba masa yang sesuai. Aktres berusia 32 tahun itu turut menekankan bahawa terdapat beberapa fakta yang salah telah tersebar berkenaan kes berkenaan.

" data-video-id="7345468628029967624" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@ikalumier

#aapslfans #andiarsyil #puterisarahliyana #ikalumier #lumiermalaysia #rawatsunburn

? original sound – lumier.malaysia – lumier.malaysia

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular