Pelakon, Diana Rafar ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bersama keluarganya bagi mengerjakan ibadah umrah.
Rezeki berjumpa orang baik
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar berkongsi pengalaman ditemukan dengan insan yang memudahkan perjalanan beribadah di hadapan Mihrab Nabi Muhammad.
Betul la orang cakap, setiap umrah kita tak sama.
Alhamdulillah saya dapat tempat yang sama dalam Raudhah di hadapan Mihrab Rasulullah SAW.
Punya lah ramai orang lepas saya solat dan berdoa, tiba-tiba toleh belakang rupanya saya sorang di situ.
Apa yang lebih menakjubkan, Diana dibawa oleh pengawal wanita ke makan Rasulullah.
Allah hantar dia untuk saya. Yang saya tahu polis dan pengawal semua tegas.
Ajaibnya, dia boleh peluk saya sampai ke sini.
Selepas itu, dia bawak saya ke makan Nabi dan beri salam untuk sahabat.
Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa syukur kerana perjalanan keluar masuk Raudhah kali ini dipermudahkan.