[VIDEO] Beza Umur 15 Tahun, Sarah Suhairi Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai ‘Ibu Segera’ Kepada Tiga Anak

Shopee Sale


Penyanyi, Sarah Suhairi, 24, memberitahu dia bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’ kepada tiga anak tiri sejurus bergelar isteri kepada, Aswad Anuar, 39.

Dah tahu awal mengenai status

Ketika ditemui , Sarah berkata, dia sudah mengetahui status Aswad seorang duda semenjak awal perkenalan mereka pada 2020.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk mereka menghalalkan hubungan sebagai suami isteri.

Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status atau halangan sepanjang empat tahun berkenalan.

Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka. Yang sulung 14 tahun, kedua 10 tahun dan ketiga lapan tahun. Bahkan, kawan-kawan rapat saya pun telah bertemu dengan anak-anak Aswad.

Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu.

Sarah berkata demikian sejurus majlis pernikahannya yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat, pada Jumaat.

Sementara itu, berkongsi mengenai detik awal perkenalan, pelantun lagu Sah ini berkata cinta mereka mula berputik di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara berikutan masing-masing meminati sukan berkuda.

Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.

Kelompok kawan kami juga adalah orang yang sama. Dari situlah detik perkenalan bermula. Sepanjang empat tahun kami berkawan, bukanlah rahsia sangat kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.

Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri.

Terdahulu, dengan sekali lafaz, Sarah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Aswad Anuar pada jam 8.29 pagi Jumaat.

MENARIK:  Sabella Memperkenalkan Koleksi Baju ‘Raya Paling Menggemaskan’ dengan Siti Nordiana Sebagai Duta Rasmi

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.

Dalam majlis akad nikah yang berlangsung Barern Hill, Hulu Langat itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular