[VIDEO] Bolehkah Wanita Berhias & Keluar Rumah Semasa Iddah? Ustazah Norhafizah Beri Penjelasan

Shopee Sale


Sejak kebelakangan ini banyak berlaku kes perceraian terutama dalam kalangan selebriti tempatan. Namun ada segelintir individu yang kurang memahami tentang iddah wanita selepas bercerai.

Kematian suami

Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa menjelaskan bahawa terdapat dua jenis iddah iaitu wanita yang bercerai mati kerana suami meninggal dunia dan wanita yang bercerai hidup.

Bagi wanita yang bercerai atas sebab kematian, wanita tersebut perlu berkabung dan tidak berhias malah terdapat larangan untuk keluar dari rumah.

Yang bercerai mati, ia dinamakan berkabung. Kalau dalam berkabung sangat tegas, wanita itu tak boleh langsung memakai pakaian seolah-olah dia berhias. Walaupun ada di dalam rumah..sepanjang tempoh iddah selama empat bulan 10 hari.

Dia kena menunjukkan rasa kehilangan dan sedih (pada kadar yang munasabah) dengan memakai pakaian yang berwarna suram. Tidak menggambarkan sebarang bentuk kecerian dan suka ria.

Larangan keluar rumah sangat kuat kecuali pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat andai dia tidak keluar rumah. Contohnya, untuk keselamatan atau dia perlu cari rezeki dan beri komitmen terhadap nafkah anak-anak.

Bercerai hidup

Dalam masa yang sama, Ustazah Norhafizah turut menerangkan tentang iddah bagi wanita yang bercerai hidup.

Bagi yang bercerai hidup, dia tidak dilarang untuk berhias. Di dalam rumah, dia memang boleh berhias.

Apatah lagi mungkin apabila berhias dia dan suami boleh rujuk kembali. Cuma dia masih kena jaga adab ketika keluar rumah maknanya bukan bersuka ria.

Menurut pendakwah berusia 48 tahun itu, wanita berkenaan perlulah meminta izin bekas suaminya sepanjang dalam iddah kerana mereka masih boleh rujuk kembali.

Dia masih tertakluk juga pada izin bekas suami, kalau bekas suami tidak beri izin maka dia tak boleh keluar.

Kerana wanita ini belum berada di dalam perceraian mutlak sebab masih ada tempoh rujuk dalam iddah.

Sementara itu, Ustazah Norhafizah juga menekankan bahawa bagi kedua-dua jenis iddah tersebut, isteri mestilah tinggal di rumah yang disediakan oleh suami.

Jangan kata sudah bercerai kemudian terus lari, tak boleh. Dia kena duduk lagi di rumah yang disediakan oleh suami untuk kedua-dua jenis iddah.

Kecuali kalau bahaya atau mudaratkannya. Contoh, bekas suami mengamuk.

MENARIK:  [VIDEO] Isteri Kongsi Momen Sufi Rashid Mengidam Makan Durian – ‘Dahsyat Betul Penangan Anak Dia’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular