[VIDEO] ‘Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja’ – Rozie Othman

Shopee Sale


nenek sysya

Bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya menuruti permintaan suaminya yang ingin mereka berkahwin terlebih dahulu sebelum berhijrah ke luar negara.

Syasya belum sedia kahwin

Menurut pelakon Rozie Othman yang merupakan nenek, suami Syasya mahu cucunya mengikutnya ke luar negara dengan ikatan yang sah. Dakwa Rozie, sekiranya Syasya enggan menuruti permintaan berkahwin, dia terpaksa melupakan hubungan mereka.

Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain.

Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal.

Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah.

Suami tak bekerja

Tambah Rozie, suami Syasya tidak bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

Dalam pada itu, ditanya apakah pesanan yang dititipkan kepada Syasya selepas bergelar isteri? Jawab Rozie, dia menasihati cucunya itu agar menjadi isteri yang solehah serta pandai menjaga diri ketika berada di perantauan.

Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi.

Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti.

Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami.

Terdahulu, Syasya secara rasmi telah mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla atas sebab peribadi. Tidak lama selepas itu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.

MENARIK:  Aina Abdul Lebih Berhati-Hati Bekerjasama Dengan Pihak Penganjur – ‘Perlu Berani Bincang Soal Kos, Duit Sangat Penting’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular