[VIDEO] Cikgu Ajak Lapan Anak Murid Iftar Di Rumah, Siap Pakej Tengok ‘Movie’ & Sahur Bersama

Shopee Sale


Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Paan Zainudin meraih perhatian apabila berkongsi momen gembira bersama lapan orang pelajarnya di bulan Ramadan baru-baru ini.

‘Staycation’ Ramadan di rumah

" data-video-id="7352049982612032776">
@cikgupaan92Cikgu, bila nak ajak kami berbuka di rumah cikgu (2023)? Okay baik (2024) ?? Nas Teshbehlena – Maher Zain

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Cikgu Paan menjemput lapan orang pelajar sekolahnya untuk berbuka puasa di kediamannya.

Cikgu Paan dan isterinya dilihat menyediakan juadah yang pelbagai untuk dijamu kepada anak muridnya sewaktu berbuka puasa.

Bukan itu sahaja, mereka berlapan turut bermalam dan bersahur sambil melakukan beberapa aktiviti bersama sewaktu ‘staycation’ tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah solat tarawih di masjid serta menonton ‘movie’ beramai-ramai di ruang tamu.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat keakraban yang ditunjukkan guru tersebut bersama anak-anak muridnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berharap momen ini akan menjadi satu kenangan yang terindah buat para pelajar tersebut sewaktu mereka membesar kelak.

MENARIK:  Tragedi Maut: Din Katak Meninggal Akibat Kemalangan, Dikenali Kerana Hiasan Jalur Gemilang

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular