[VIDEO] Dahlia Rizal Pilih Gaya Muslimah Selepas Kahwin, Selesa Gayakan Jubah Setiap Hari– ‘Saya Makin Baik Sebab Imran Selalu Ada’

Shopee Sale


dahlia aurat

Personaliti media sosial, Dahlia Rizal berkongsi tentang perubahan yang dialaminya selepas mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga aktor dan pempengaruh iaitu Imran Aqil.

Perubahan Dahlia

" data-video-id="7387169992057425170" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@hijabistamy

Sejak bergelar isteri, banyak perubahan besar yang dialami oleh model dan pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal. Antaranya untuk kekal istiqamah dalam menjaga aurat dengan baik. Dahlia turut berkongsi tentang keistimewaan suami tercinta Imran Aqil. #hijabistamag #iamhijabi #newummah #dahliarizal #imranaqil #trending

? original sound – Hijabista, KL MY – Hijabista, KL MY

Menerusi temu bual bersama Hijabista, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal mendedahkan bahawa antara perubahan besar yang berlaku selepas berkahwin adalah dia gemar memasak.

Selain daripada itu, dia juga mula menukar imej yang lebih sopan dan mencuba untuk menutup aurat dengan sempurna iaitu mengenakan pakaian yang longgar serta labuh.

Dulu saya tak suka pakai ‘handsock’ dan stokin, tapi selepas berkahwin saya dah mula pakai.

Boleh dikatakan saya setiap hari pakai abaya dan jubah, itu adalah perubahan paling besar sebab ramai yang tahu saya memang suka bersiap dan berdandan.

Ketika disoal tentang cara istiqamah, pempengaruh berusia 23 tahun itu berkata, dia sering memanjatkan doa selain suami juga yang banyak membantunya menjadi muslimah yang lebih baik.

Banyak berdoa, agar Allah sentiasa buatkan saya rasa untuk menutup aurat.

Imran mainkan peranan yang sangat besar untuk membantu saya. Kalau nampak tudung saya singkat dia akan suruh saya labuhkan. Kalau dia ternampak kaki dan betis saya dia akan tegur.

Saya makin baik sebab Imran selalu ada untuk ingatkan saya.

Pada saya pasangan atau keluarga dan kawan-kawan yang boleh membantu awak adalah orang-orang yang baik. Sebab itu kena bergaul dengan yang sama-sama ingin ke syurga.

Dalam pada itu, Dahlia menyifatkan Imran sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang.

Dia sangat membantu contohnya macam angkat beg..pakaikan kasut. Masa saya nak menunggang kuda, dia duduk di atas kerusi kemudian dia akan tolong pakaikan dan ikatkan tali kasut saya.

Sekadar info, Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.

MENARIK:  A Aida Hanya ‘Blacklist’ Ruhainies Daripada Berlakon, Hubungan Sebagai Kawan Masih Baik – ‘Kalau Jumpa Masih Boleh Salam, Peluk’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular