[VIDEO] Datuk Red Balik Rumah Isteri Pertama Selepas 5 Hari, Momen Anak-Anak Berlari Sambut Kepulangan Undang Sebak

Shopee Sale


Datuk Red

Selepas beberapa berada di sekitar ibu kota atas urusan kerja, Datuk Red akhirnya pulang ke rumah isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Balik jumpa anak-anak

Datuk Red

Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan akui berdebar untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

Kata usahawan itu, tujuan dia merakam momen berjumpa dengan anak-anaknya adalah sebagai tanda terima kasih kepada beberapa pihak yang telah banyak membantu.

Hari ini Sabtu, untuk pengetahuan semua saya keluar rumah sejak hari Selasa pagi. Lima hari dah saya keluar rumah. Baju ini lah yang saya pakai (kemeja biru) sepanjang lima hari.

Saya baru sampai rumah isteri saya yang pertama. Sebelum ini saya tidak pandai sangat buat video dan konten kemudian nak post di media sosial. Tetapi atas permintaan dua individu yang banyak menolong saya untuk buat video apabila tiba di rumah.

Saya nak lihat reaksi anak-anak saya, tak mahu buat konten yang lebih-lebih nanti orang kata drama pula. Esok (Ahad) insya-Allah saya buat video berjumpa dengan anak-anak Adira pula.

Dalam hantaran sama, Datuk Red berkata dia akan terus bangkit untuk memperbaiki diri demi keluarganya.

Video yang saya buat hanya untuk bercerita tentang diri saya. Untuk melangkah dan bangkit dari masa silam, tebus dosa-dosa. Ramai yang sangat yang mendoakan saya, alhamdulillah.

Menerusi video berdurasi 3.38 minit itu, tiga orang cahaya mata lelaki Datuk Red dilihat keluar dari rumah dan berlari menuju ke arahnya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berasa sebak melihat momen tersebut.

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytiharkan muflis dan menanggung hutang sebanyak RM5 juta sehingga dia terpaksa menumpang belas ihsan dua isterinya.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Terselit Rezeki Ibu Tunggal Menang Hadiah Umrah Dalam Baju Melayu Bulan Bintang’

Tidak lama selepas pendedahan itu dibuat, dipercayai suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu menerima beberapa tawaran menjadi model jenama pakaian dan membuat review untuk beberapa jenama.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama Sharifah Norshafila Hashim.

Video

" data-video-id="7352030583217851666">
@dato..red #anggrekasananggunayub #tungupapaesok #kameralagisatuanksulungrakam #datored #abgred ? takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular