[VIDEO] Datuk Red Cemburu Adira Masuk Kedai Emas Beli Cincin? – ‘Ada Yang Mengorat Ke?’

Shopee Sale


adira

Meskipun sudah memilih jalan perpisahan, namun hubungan antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya Datuk Seri Adnan Abu masih lagi akrab.

Cincin kahwin?

" data-video-id="7374005005407292673" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@putehhhx

#adirasuhaimireal #adirasuhaimi #abgred #datored #datoredadira #datoredamiadira #abgredadira #adirasuhaimiami

? Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi meminta Datuk Red meneka apa yang dia lakukan ketika berada di kedai emas.

Awak masuk kedai emas tu, awak duduk dalam kedai tu dan ada yang bagi air kotak. Lepas itu dia orang suruh la membeli.

Kemudian, terdapat warganet yang meninggalkan komen dan meneka Adira telah dipikat ketika berada di kedai emas tersebut.

Dia (netizen) kata ada orang mengorat ke?

Sejurus melihat komen tersebut, Datuk Red bangun dan menunjukkan rasa cemburunya terhadap Adira.

Menurut pelatun lagu Ombak Rindu itu, dia hanya ingin berseloroh dengan bekas suaminya.

Saya sebenarnya nak cakap tadi, saya dah beli dah cincin nak kahwin baru. Tak sempat tapi dia dah lari.

Saya nak cerita juga, kalau dah sampai kedai emas, pantang kalau tak beli. Itu je nak cerita, saja je suruh dia teka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat Adira dan Datuk Red.

Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar pasangan itu dapat bersatu kembali.

Aku rasa kalau TikTok Awards ada pencalonan pasangan kelakar, mesti jatuh dekat Adira dan Datuk Red.

Adira suruh bijak sikit, dia bagi hint dekat Datuk suruh belikan cincin nak pujuk balik mungkin.

Datuk beli la cincin, Adira tu penggemar emas. Mesti dia lembut hati balik.

Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

MENARIK:  Aina Abdul Cipta Sejarah di #AJL38 dengan Menang Vokal Terbaik untuk Ketiga Kalinya secara Berterusan

Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular