[VIDEO] ‘Dia Punya Happy Tu Cairkan Hati Yang Duka, Kadang-Kadang Tak Perlu Benda Mahal’ – Sharnaaz Ahmad

Shopee Sale


sharnaaz jebat

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat sering berkongsi momen bersama anak lelakinya Jebat Jayden di media sosial.

Hadiah untuk Jebat

 

View this post on Instagram

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG), Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberi kejutan untuk Jebat dan meminta anaknya itu untuk menutup mata.

Paling menarik perhatian adalah reaksi di wajah Jebat yang teruja ketika menerima hadiah daripada bapanya. Dia kemudian mengucup pipi aktor tersebut.

Benda 49.90, tapi dia punya happy tu cairkan hati yang duka. Kadang kadang tak perlu benda mahal cuma kena “ada”.

Kadang kadang je lah yang murah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat gelagat dua beranak itu.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji sikap Jebat yang menghargai hadiah pemberian bapanya.

Cara Jebat ni dah mcm budak besar dah, cepat matang la Jebat hero daddy ni.

Dia punya teruja tu, kita pula yang cair. Good boy, Jayden. Sentiasa bersyukur.

Suka reaksi dia, reaksi budak-budak ni tulus.

Untuk info, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.

MENARIK:  Qistina Raisah Ditegur Netizen, Foto Posing Nampak Ketiak Mengundang – ‘Nak Pakai Apa Pakailah, Jangan Upload Yang Terdedah’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular