[VIDEO] Didakwa Anjur Showcase Dalam Gereja, Alif Satar Tahu Batas & Peka Sensitiviti Agama – ‘Itu Adalah Dewan Komuniti’

Shopee Sale


alif

Pada 28 April lalu berlangsungnya showcase Alif Satar & The Locos (ASTL) di St John’s, Hyde Park, London.

Namun lokasi persembahan yang mereka pilih telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet berikutan tempat tersebut didakwa adalah sebuah tempat ibadat agama lain.

Bukan gereja

astl

Itu bukan gereja, itu adalah dewan komuniti. Saya sendiri peka dan sensitif tentang ini.

Respon tersebut diberikan Alif selepas disoal tentang isu berkenaan lokasi persembahan mereka yang didakwa diadakan di dalam sebuah gereja.

Pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar itu berkata pada awalnya timbul rasa ragu-ragu dengan pemilihan tempat tersebut.

Bagaimanapun, setelah mendapat penjelasan dan kepastian daripada pihak penganjur, akhirnya mereka yakin yang ianya bukanlah sebuah gereja seperti yang didakwa.

Pada awalnya memang timbul rasa tanda tanya, adakah betul kami akan buat persembahan di lokasi itu.

Tapi selepas penganjur di sana yang juga merupakan orang Malaysia menjelaskan tentang tempat itu, jadi kami yakin.

Bila kami sampai, kami lihat ramai komuniti orang muslim dan bukan muslim jadikan tempat itu taska.

Saya juga bawa ustaz bersama-sama menyertai rombongan kami ke sana dan ada meminta pandangannya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Anugerah Terindah tersebut berkata meskipun dihujani dengan kecaman namun terdapat segelintir pengguna media sosial tampil mempertahankannya.

Individu itu sendiri pun sudah padam hantaran tersebut dan saya cuma anggap mereka tak tahu.

Saya faham keprihatinan dan sensitiviti orang Malaysia. Saya pun tak perlu jawab sebelum ini kerana ada segelintir daripada mereka telah meninggalkan komen dan menjawab tentang lokasi tersebut termasuk pelajar di sana dan mereka yang menyaksikan persembahan kami.

Penyanyi berusia 33 tahun ini menegaskan bahawa mereka sangat peka akan hal berkaitan agama dan mahu menjaga sensitiviti penganut agama Islam dan bukan Islam.

Mungkin kami bukan muslim yang sempurna tapi kami tahu batas dan kami hormat tempat ibadah penganut agama lain.

Tempat itu tidak lagi digunakan untuk aktiviti keagamaan malah tiada apa-apa simbol agama di situ.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Kumandang yang berlangsung di W Hotel Kuala Lumpur, semalam.

MENARIK:  ‘Kegagalan Filem Sheriff Di Indonesia Salah Saya Sendiri’ – Syafiq Yusof

‘Kumandang’

alif

Sementara itu, ASTL menjalinkan kerjasama dengan pihak Marriot Banvoy dalam penghasilan single yang berjudul Kumandang.

Ia merupakan kerjasama yang pertama kali dijalinkan bersama ASTL untuk mempamerkan kecemerlangan hospitaliti Marriott melalui kuasa muzik.

Projek ini sangat istimewa terutama apabila kami dapat menggunakan kemudahan yang disediakan pihak hotel untuk rekod lagu di Bali, Indonesia.

Kami harap rakyat Malaysia akan terinspirasi untuk melancong terutama dalam negara.

Muzik video lagu ini pula turut menampilkan barisan pemenang pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh Marriot Bintulu Paragon.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa Alif dan kumpulannya telah melakukan persembahan mereka di dalam gereja.

Susulan itu, menerusi perkongsian seorang individu yang dipercayai rakan kepada Aliff iaitu Zaidan Zainuddin, tampil menjelaskan tentang pemilihan lokasi persembahan tersebut.

Difahamkan dewan berkenaan sering disewakan untuk pelbagai majlis. Zaidan juga percaya Alif takkan mengambil mudah dalam memilih lokasi persembahannya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular