[VIDEO] Diperkosa Ketika Usia 16 Tahun, Wanita Tanggung Derita Selepas Kahwin Dengan Perogol – ‘Sangat Malu Dengan Diri Sendiri’

Shopee Sale


mangsa rogol.

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita yang menjadi terpaksa mengahwini individu yang memperkosanya.

Dirogol sehingga hamil

mangsa rogol

Gambar sekadar hiasan

Menerusi sesi panggilan telefon radio Zayan, seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia mendedahkan, kenalannya telah mengambil kesempatan dengan memperkosa dirinya ketika dia meminta bantuan.

Semasa saya umur 16 tahun saya bekerja sebab mak dan ayah bercerai jadi saya cari duit sendiri. Saya berkerja di expo perabot.

Satu malam, disebabkan sudah pukul 11, dah closing dan hari terakhir saya. Saya pun minta tolong seseorang tapi akhirnya dia merogol saya.

Masa itu saya minta tolong dia ambil dekat Shah Alam, dalam perjalanan balik dia rogol saya. Ketika itu saya tak tahu nak buat apa, saya diam dan tak beritahu sesiapa.

Nadia kemudian disahkan hamil namun dia merahsiakan perkara tersebut daripada ibunya. Bagaimanapun, apabila kandungannya semakin membesar, Nadia akhirnya berterus terang dan terpaksa berkahwin dengan lelaki tersebut.

Nak dijadikan cerita, saya mengandung tapi saya tak beritahu sesiapa sebab saya takut.

Masa kandungan enam bulan, saya dah tak boleh sorok dan akhirnya mak saya tahu.

Mak saya ambil keputusan untuk cari lelaki itu dan suruh dia jadi suami saya. Kami pun berkahwin dan saya lahirkan anak itu.

Bercerita lanjut, rumah tangga yang dibina bagaimanapun tidak bertahan lama kerana lelaki berkenaan didakwa memukul dan mendera Nadia.

Disebabkan perkahwinan itu tak ada rasa cinta..dalam beberapa tahun okay tapi selepas itu dia tunjuk perangai. Dia pukul saya sebab kami banyak salah faham. Kiranya dia dera saya.

Saya dengan dia berpisah pada tahun 2019 dan cerai pada tahun 2022.

Rentetan itu, Nadia menjadi seorang yang kurang keyakinan diri dan sering berasa takut berikutan peristiwa hitam yang berlaku terhadap dirinya.

Setiap kali saya nak kedepan, saya sangat malu dengan diri saya, saya takut orang akan gali balik kisah silam saya dan cari salah saya.

Benda itu bukan salah saya, saya pun tak nak kena rogol.

Bila saya tengok kawan-kawan saya berjaya, saya rasa sepatutnya saya pun ada ditahap yang sama seperti mereka tapi disebabkan satu peristiwa, saya kebelakang.

Nak jumpa kawan sekolah pun tak berani, nak kenal kawan baru pun macam tu juga. Saya banyak diamkan diri, buat hal saya.

MENARIK:  [VIDEO] Kakak Dedah Punca Ella Suka Libas Rambut Atas Pentas – ‘Sebenarnya Dia Rasa Tak Lawa’
" data-video-id="7374623178242444561" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@zayan.my

NADIA #BukanNamaSebenar ; Dirogol diusia 16 tahun. Dan dikahwinkan dengan individu yang merogolnya. Allahu, ujian, demi ujian dihadapinya .. #ZAYANshare #Luah #IzzharNazri #Cerita #Keluarga #Suami #Isteri #Pisah #rahsia #fyp?? #fyp??viral

? original sound – ZAYAN – ZAYAN

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular