[VIDEO] Empat Peserta Gagal Mara! Trio XL, Dhania, Erfarina & Aniq Iffat Kecundang Pada Minggu Kedua CSOIAM

Shopee Sale


Dua minggu beraksi di pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), empat peserta terpaksa akur dengan keputusan juri apabila diumumkan tersingkir bagi malam ini (Ahad).

Minggu kedua

TRIO

Dengan memperoleh markah tercorot daripada juri dan penonton menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat seterusnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata peserta menerima komen positif daripada barisan juri tetap iaitu Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim, Cakra Khan serta juri jemputan, Yuna.

Pada minggu ini, Trio XL mendendangkan lagu Khayalan nyanyian Black Dog Bone, Dhania bersama lagu pilihannya Sekadar Di Pinggiran nyanyian asal Francissca Peter, Erfarina dengan lagu Teringin yang dipopularkan oleh Shima dan peserta yang terakhir iaitu Aniq Iffat dengan lagunya Seribu Impian nyanyian asal Casey.

Persembahan power

Meskipun gagal ke peringkat seterusnya, para peserta tetap memberikan persembahan yang menarik dan memuaskan hati para juri.

Untuk info, CSOIAM pada minggu kedua membawa tema Memori Indah Segar Membara.

CSOIAM kali ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

Manakala selebriti dan juri undangan pada minggu ini adalah Dayang Nurfaizah, Yuna dan Datuk Nash.

Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

MENARIK:  [VIDEO] Rakan Kerja Bakal Jadi Menantu – ‘Jodoh Itu Rahsia Allah’

Bagi undian pula, boleh ke http://www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

" data-video-id="7453858833358720274">
@official Perjalanan Trio XL & Dhania berakhir, tetapi bakat anda tetap akan dikenang! Terus berjaya! ? #OIAM #CalpisSodaOIAMTV3 #CalpisSodaSatuJuara #CalpisSodaOneInAMillion #fyp # ? original sound – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular